Isnin, 8 Disember 2014

APA YG PERLU dilakukan

Title nie aq terfikir lepas aq tgok crita pray for bobby, myb ade yang dah tgok, so pade yg x, boleh la tgok, byk pengajaran gak, sebelum tu aq nk share gak la page yg aq join at fb tu, straight struggle, so korang bleh la join, ade perbincangan2 yang menarik, yang jernih diambil yg keruh dibuang.

So, APA YG PERLU “AKU “lakukan, “aku” disini merujuk pada PLU, aq nk make this short, sbb aq x suka tulis panjang cam blogger lain, so first.

PERTAMA, apa yg perlu dilakukan, MEMBETULKAN PERSEPSI MASYARAKAT MENGENAI PLU, masyarakat memang sudah tertanam dalam fikiran mereka, bahawa menjadi seorang gay itu adalah satu yang salah, atau lebih khusus lagi, masyarakat islam, memang memandang seorang yang mengaku diri sebagai gay, maka akan dipandang jijik.

Dan disebabkan itu, kita perlu berikan pemahaman kepada mereka mengenai plu, secara logic, islam melarang gay, atau secara khususnya, islam melarang perbuatan gay, disini bermakna, mengaku diri sebagai seorang lelaki yang menyukai lelaki, tidaklah salah. Tapi apa yang salah disini adalah PERBUATAN, perbuatan yang dilakukan, pebuatan seorang gay itu yang salah, contoh perbuatan adalah seks, dan sebagainya.

Pada peringkat pengakuan, pada pandangan aku, tidaklah salah, aq seorang islam, yg melaksanakan kawajipan sebagai seorang islam, dan mengaku bahawa aq suka pada lelaki, dimanakah dosanya. ? apa yg aq buat menyebabkan aq berdosa dengan pengakuan itu. Sebagai contoh, dalam perbualan manusia yang normal, lalu seorang lelaki ini mengatakan atau mengaku, “wey aq suka la dengan dia tu, dah la handsome, baik pulak tu “. aq melihat tiada apa salahnya.

Berbeza dengan  perbuatan, perbuatan yang dilakukan seorang gay, dalam erti kata, seks dan sebagainya. Seks memang sudah jelas dan nyata bahawa ia adalah satu kesalahan, samaada pada seorang gay ataupun pada straight . orang biasa pun, melakukan seks adalah salah jika tiada ikatan. Apatah lagi golongan gay, jelas disini, perbuatan itu yang berdosa.

Masyarakat perlu membezakan seorang yang hanya mengaku dan yg melakukan.

Tapi bila dalam konteks islam, walupun pengakuan itu tidak berdosa, bila berbalik kepada islam, lebih baik tidak mengaku, ini kerana, islam melarang sesuatu yang kearah fitnah. Pengakuan itu akan menyebabkan fitnah. Maka pengakuan tidak boleh dilakukan. Jika memang ingin juga mengaku. Tidaklah secara terbuka. Pengakuan kepada yang sepatutnya. Sperti kaunseler.
Disini aq sertakan lampiran :-

Sutra:


Dari sudut pandangan Islam, tentunya kita ketahui bahawa homoseksualiti itu adalah perkara yang dilarang keras dalam agama. Apakah pandangan Islam tentang mereka yang menyimpan perasaan terhadap kaum sejenis tetapi tidak melakukan apa-apa kecuali menyimpannya sahaja dan berusaha mengawalnya?

Abah Yasir:

Dalam agama Islam, berazam untuk melakukan perkara keburukan atau maksiat belum dikira sebagai satu dosa sehinggalah kita melakukan perkara tersebut.

Oleh itu bagi mereka yang menyimpan perasaan terhadap kaum sejenis tetapi tidak melakukan apa-apa kecuali menyimpannya sahaja belum dikira melakukan dosa.

Malah jika mereka sudah berazam untuk melakukannya kemudian tidak jadi melakukannya, Allah akan memberikan satu pahala kebaikan untuknya.

Dalam sebuah hadith Qudsi ada disebutkan perkara ini:

”Barangsiapa yang berkehendak mengerjakan keburukan kemudian tidak jadi melakukannya maka dicatat oleh Allah sebagai satu kebaikan yang sempurna di sisi-Nya dan barangsiapa yang berkehendak mengerjakan keburukan itu kemudian jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah Taala sebagai satu keburukan sahaja di sisi-Nya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Sutra:

Dua belia homoseksual yang kami temui adalah mereka yang menyatakan mereka mempunyai pengajian asas agama di madrasah mingguan. Salah seorang daripada mereka menyatakan dia tetap tidak meninggalkan solatnya.

Solat dan pengajian agama – ibu bapa mungkin menganggap sudah ’selamat’ untuk anak-anak mereka jika dia bersolat dan ke pengajian agama, tanpa mengambil kira faktor-faktor lain. Apakah pandangan ustaz tentang perkara ini?

Abah Yasir:

Mempelajari agama dan melakukan solat, bukan bermakna seseorang itu sudah dikira sebagai immune atau kebal daripada melakukan sebarang dosa.

Kita masih lagi perlu mengawal nafsu shahwat kita daripada segala perkara yang dilarang oleh Allah termasuk hubungan seks sesama kaum sejenis.

Sikap merasakan anak-anak sudah ‘selamat’ kerana sudah mempunyai asas agama atau kerana sudah sering solat adalah satu tindakan yang kurang tepat dan merbahaya.

Ibu bapa juga perlu menyemai pada diri anak-anak tentang kepentingan menjaga akhlak dan mempunyai budi pekerti yang baik selain sentiasa mengingatkan diri anak tentang bahaya pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan termasuk di antara kaum sejenis jika ia membabitkan perasaan cinta kepada kaum sejenis.

Sutra:

Bagaimana mendekati anak-anak lelaki dengan naluri kewanitaan atau mereka yang berdepan dengan masalah ini sedangkan ramai ibu bapa malu dan segan untuk bertanyakan soal ini?

Abah Yasir:

Jika dimaksudkan dengan mempunyai hobi yang biasanya dikaitkan dengan kaum wanita seperti menjahit, memasak, mengemas rumah dan sebagainya atau mempunyai sifat ‘lembut’ tetapi tidak cenderung kepada kaum sejenis, maka ia tidak mengapa.

Walau bagaimanapun, para ibu bapa juga perlu memantau dan mengawasi kecenderungan anak-anak yang mempunyai perawakan ‘kewanitaan’ ini sejak dari kecil dengan menyeimbangkan mereka dengan aktiviti lasak-lasak atau sebarang aktiviti yang yang dikaitkan dengan pertahanan diri sebagai contoh.

Pada masa yang sama, para ibu bapa juga perlu mengawal kebebasan percampuran anak-anak apabila anak-anak semakin meningkat usia remaja. Ini penting agar anak-anak tidak ‘terlalu selesa’ apabila berdepan dengan kaum wanita.

Akibat ‘terlalu selesa’ dengan wanita ini kadangkala boleh mengakibatkan atau menyuburkan minat terhadap aktiviti yang biasanya dikaitkan dengan wanita dan bekerja dengan klien wanita seperti mereka fesyen pakaian wanita dan profesi andaman.

Ini boleh mengakibatkan pergaulan tanpa batasan walaupun mungkin tidak disertai dengan naluri keghairahan dan sebagainya kerana bersikap profesional dalam melaksanakan tugasan.

Pada masa yang sama, para ibu bapa boleh merujukkan kepada khidmat bantuan Kaunseling jika mereka tidak dapat menangani dalam hal ini.

Sutra:

Kalau dilungsuri di dalam Internet, terdapat kisah-kisah imam gay atau gay Islam yang ingin mengubah tanggapan ramai, bahkan, mempergunakan hadis-hadis tertentu untuk berpihak pada kecenderungan mereka. Apakah pandangan Ustaz tentang perkara ini?

Abah Yasir:

Homoseksual dan lesbian dilarang dengan keras dalam agama Islam sama seperti Allah melarang perbuatan zina di antara lelaku dan perempuan.

Ini jelas dikhabarkan oleh Allah dalam kisah kaum Nabi Lut yang melakukan hubungan dengan kaum sejenis (Liwat). Malah perbuatan ‘Liwat’ dinisbahkan daripada kaum Nabi Lut, begitu juga dengan perbuatan ‘sodomy’ dalam bahasa Inggeris yang dinisbahkan kawasan Sodom, kediaman kaum Nabi Lut.

Tindakan Imam-Imam gay di Amerika atau golongan Gay Islam yang mempergunakan ayat-ayat Quran atau hadith dengan menginterpretasi mengikut kehendak mereka, adalah lebih kepada untuk menjustifikasikan kemaksiatan yang telah dilakukan dan mempertahankan bahawa aktiviti liwat mereka bukan merupakan satu dosa.

Adakah ini bermaksud bahawa perbuatan liwat lebih mulia dari zina? Pastinya tidak sama sekali.

Pendapat mereka ini hanya diakui dan diiktiraf oleh golongan gay Islam sahaja dan ditolak oleh sekalian ulama lain. Golongan ini berpandangan bahawa Allah itu Maha Adil dan Penyayang kepada sekalian hambanya, tetapi mereka lupa bahawa Allah hanya Pengasih kepada orang-orang yang menjauhi larangan-Nya tetapi Allah juga Maha Pembalas terhadap golongan yang melewati batas.

Sutra:

Saya mendapat lampiran emel daripada seorang pembaca yang menyatakan dia (seorang gadis) mengenali seorang lesbian yang mencintai dirinya menerusi aktiviti sukarela sebuah pertubuhan Islam. Saya tahu ini mungkin satu kes isolated tetapi ada juga belia yang memberitahu teman-teman gaynya ke masjid untuk terlibat aktif dalam kumpulan belia.

Ada yang ingin menghuraikan masalahnya dan tidak kurang pula yang Astaghfirullah setakat mencari outlet untuk ‘mencuci mata’. Bagaimana menangani isu ini ustaz?

Abah Yasir:

Pandangan saya mengenai isu ini, ia serupa dengan golongan belia yang aktif dengan aktiviti sukarela dan pada masa yang sama terlibat dengan hubungan BGR yang pastinya lebih ramai berbanding dengan kes golongan belia yang meminati kaum sejenis.

Namun tidak seperti pergaulan lelaki dan perempuan yang boleh dikawal oleh pertubuhan Islam dan juga masjid-masjid yang rata-rata tidak menggalakkan hubungan bebas di antara lelaki dan perempuan, perkara yang sama tidak dapat dilakukan terhadap golongan homoseksual dan lesbian.

Malahan, mungkin gejala ini tidak dapat dikesan sama sekali kerana ia melibatkan kes-kes terpinggir dan tidak dilakukan secara terang-terangan.

Cuma ingin ditekankan, terdapat ramai golongan aktivis belia masjid yang mempunyai keperibadian dan kepimpinan yang baik selaku mentor yang diharapkan dapat menjadi contoh dan agen perubah bukan sahaja kepada belia-belia Gay tetapi juga kepada belia-belia yang pernah terlibat dengan anasir yang kurang baik tetapi ingin aktif dengan kegiatan masjid.

Mereka ini pula dipimpin oleh seorang pegawai pembangunan belia yang biasanya dari lulusan ukhrawi atau sekular tetapi mempunyai semangat Islam yang kuat selaku pendamping kepada para belia yang memerlukan.

Bagi saya selaku sebagai pegawai di masjid, kami tidak menghadkan golongan tertentu sahaja mendampingi masjid, jika didapati ada golongan belia yang memang dikenal pasti terlibat dengan homoseksual. Ia tetap akan diterima dengan tangan yang terbuka. Mereka akan didekati dan diberikan pertolongan yang sewajarnya. Mereka perlu dibantu dan bukan dipinggirkan.

Apa yang penting, para ibu bapa perlu membekalkan anak-anak pengetahuan agama selain dari kemahiran dalam memilih kenalan agar anak-anak mempunyai kekuatan daya tahan yang tinggi tidak kira di mana mereka berada sama ada di masjid, pertubuhan-pertubuhan belia mahupun di sekolah.

Sutra:

Adakah jalan keluar untuk membantu belia-belia homoseksual, baik lelaki dan wanita dalam menjalani kehidupan yang lebih baik? Tips-tips untuk belia dan juga ibu bapa. Atau kalau-kalau bertemankan, berteman lelakikan atau berteman nitakan seorang homoseksual. Bagaimana menanganinya?

Abah Yasir:

Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mengatasi perkara ini. Antaranya:

1. Ubah mindset

Langkah utama untuk keluar daripada lingkaran ini ialah dengan menukar mindset kita dari ‘tiada pilihan lain’ kepada ‘aku ada pilihan’ atau ‘aku boleh berubah’.

Jika tidak ditukar mindset ini, maka sukar untuk sesiapa pun membantu kita dalam hal ini.

Kita juga perlu menukar salah tanggapan bahawa ia adalah naluri semulajadi dan tidak dapat dielakkan sama sekali.Jika kita anggap ia sebagai naluri semulajadi sekalipun, kita tetap perlu melawan hawa nafsu kita.

Keadaan yang sama juga berlaku terhadap hubungan sesama lelaki dan perempuan, mujahadah atau peperangan melawan hawa nafsu tetap diperlukan.

Malah, andai kata diberi alasan bahawa senario nya tetap tidak sama kerana lelaki dan perempuan boleh berkahwin. Ia juga bukan satu alasan yang konkrit, kerana selepas perkahwinan kita tetap perlu melawan nafsu shahwat apabila berdepan dengan lelaki atau wanita yang bukan mahram.

2. Puasa

Antara ibadah yang baik dilakukan bagi mengawal nafsu syahwat ialah dengan berpuasa. Inilah anjuran baginda kepada pemuda yang yang ingin bernikah tetapi belum mampu.

Puasa merupakan satu langkah pencegahan yang efektif bagi mengekang hawa nafsu. Sebab berlapar dan mengosongkan perut itu meninggalkan kesan yang baik untuk menerangi hati nurani serta menimbulkan semangat pada anggota badan untuk beribadah selain dari menididik jiwa dan mengurangkan nafsu shahwat.

3. Berkongsi Kisah Kejayaan (Success story)

Terdapat banyak kisah-kisah kejayaan atau success story pada mereka yang dahulunya seorang yang homoseksual tetapi berjaya berubah, berkahwin dan seterusnya memperolehi anak.

Pastinya ia tidak mudah, ia memerlukan kepada pengorbanan dan semangat untuk terus berubah dan percaya diri.

Namun yang paling penting, kita perlu bertanya pada diri kita, jika mereka mampu lakukan dan berubah, mengapa tidak kita?

4. Refleksi Diri

Perlu membuat refleksi diri atau muhasabah diri. Mengapa selepas mempelajari agama dan mengerjakan melakukan solat, namun kita tetap tidak mampu melawan diri daripada melakukan perkara yang dibenci Allah ini.

Mengapa? Hanya kita sahaja yang mampu menjawabnya. Mungkin soalan-soalan berikut ini perlu dijawab:

- Berapa kerapkah kita melakukan solat?

- Sejauhmana jujurnya kita bertaubat pada Allah?

- Apabila kita melakukan kesilapan atau dosa, siapakah yang dipersalahkan? Diri sendiri atau takdir yang membuatkan kita tiada pilihan lantas terpaksa mengikut hawa nafsu?

Pendek kata melakukan ibadah adalah satu perkara, melakukan satu perubahan dan berusaha melawan hawa nafsu adalah satu perkara yang lain pula.

Namun dengan ibadah wajib seperti solat fardu yang kita lakukan sehari-hari akan lebih dapat membantu kita melawan hawa nafsu dengan lebih berkesan berbanding dengan mereka yang tidak mengamalkan solat sama sekali.

5. Bantuan pakar/ support group

Memandang isu yang dihadapi adalah serius, maka mendapatkan bantuan pakar daripada Psychiatrist merupakan satu pilihan bagi mengatasi isu yang dihadapi.

Selain dari itu, bantuan dan sokongan moral daripada keluarga dan teman rapat yang dipercayai yang mengamalkan gaya hidup sihat juga amat diperlukan.

Penting untuk golongan ini atau sesiapa sahaja yang berdepan dengan golongan homoseksual ini agar tidak membuang atau menyingkirkan mereka tetapi tetap memberikan sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi.

Ini amat penting agar agar mereka mudah keluar daripada lingkaran sosial yang dihadapi sekarang.

6. Langkah Pencegahan (Intervention)

Bagi mengelakkan terjerumus daripada perbuatan yang dikeji ini, sebaiknya perlu dilakukan langkah-langkah pencegahan dan tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang membawa risiko bagi kita mengulangi perbuatan yang terlarang.

Antara perkara yang boleh dilakukan ialah:

- Pastikan tidak berdua-duaan dengan teman yang anda cenderung untuk melakukan perbuatan yang dilarang. Seperti tempat-tempat gelap, rumah atau di hotel.

- Pastikan anda berteman (teman yang dipercayai dan ’straight’) bila bersama dengan teman-teman yang berisiko.

- Tidak melayan perasaan untuk berkenal-kenalan dengan teman sejenis yang diminati, ini kerana dari kenal mengenal akan membawa kepada hubungan telefon, pertemuan, sentuhan dan akhirnya tidak mustahil ia akan berakhir dengan hubungan seksual.

7. Doa.

Selepas apa yang kita lakukan dan usahakan, janganlah lupa untuk terus berdoa kepada Allah. Pintalah pada Allah agar diri anda dipermudahkan dari segala urusan dan beroleh kesejahteraan dan keselamatan.

Dekatkan perhubungan anda kepada Allah dengan melakukan solat Fardu lima waktu selain ibadah-ibadah lain agar diri menjadi tenang serta mendapat pertolongan Allah.

Pohonlah pada Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu, memanjat syukur pada nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”


KEDUA : APA YANG PERLU “AKU “lakukan, hidup perlu ada prinsip, agar kita kekal dengan apa yang kita inginkan, ataupun tetapkan pendirian, menjadi gay memang ia bukan satu pilihan, kita terpaksa melalui ini sebagai sesuatu yang telah ditetapkan, jika ingin dikatakan menjadi gay adalah satu pilihan, mengapa perlu memilih cara hidup begini, mengapa mahu memilih hidup yang penuh kesakitan ini, pandangan aq, ia tidak boleh dipilih, ia telah ditetapkan. Namun apa yang menjadi pilihan ialah perbuatan kita, perlu ada prinsip dalam diri, aq talah ditetapkan menjadi begini, walau apa pun yang terladi, aq akan tetap dengan prinsip aq, aq x kan melakukan PERBUATAN. Merujuk pada apa yang aq huraikan diatas, perbuatan itu yang salah, menjadi gay itu tidak salah.

Jadi, menjadi seorang gay, samaada mahu mengaku ataupun tidak, namun wajib dalam diri, jangan pernah sekali2 malakukan PERBUATAN, menjadi gay tidak salah, tetapi melakukan perbuatan gay itu yang salah. Dan inilah yang perlu sentiasa di betulkan mengenai presepsi masyarakat, jangan mudah menghukum.

Dalam n3 aq kali ini, ada 2 situasi, dimana, situasi pertama, perlu mengadapi masyarakat yang sentiasa menghukum gay, dan situasi kedua, dimana diri perlu sentiasa kuat bejihad tidak melakukan perkara2 “perbuatan”.

Jika aq simpulkan, menjadi sorang gay itu bukan satu masalah, ia Cuma satu ujian yang tidak tahu bila pengakhirannya, jadi, aq berpesan pada diri aq sendiri, dan kawan2 semua, jangan terlalu fikir sangat mengenai naluri ini, jika kadang2 rasa sakit, kembali pada Tuhan, kuatkan iman, sabar, syukur dengan nikmat tuhan. Cukuplah apa yang kita dapat harini, dan tetapkan pendirian. AKU GAY ( perasaan ) , TAPI AKU TETAP HAMBA ALLAH YANG SENTIASA BERIMAN DAN BERTAQWA KEPADA ALLAH.

Ayuh sama2 berjuang, satu perjuangan yang tiada penghujung, berjihad menjadi lebih baik hari ke hari, jangan pernah satu haripun kita lupa pada tuhan. Kerana PADA SATU SAAT SELEPAS INI, MUNGKIN ROH INI AKAN DIAMBIL KEMBALI.


TERIMA KASIH ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SALAM RAMADAN

dah masuk hari ke 8 dah pun bulan ramadan, dan dah bulan 6 dah, aq dah skip untuk bulan 5, dah lupa nk sign in blog nie camne dah, facebook...