Selasa, 15 Mac 2016

SETIAP HIDUP.

Usai menonton filem dari Indonesia, jalan cerita sama sahaja seperti filem2 motivasi lain.

Dan setiap kali aq tgok crita2 camni, mula la nak sebak...hahah  ya, aq tidaklah sekuat yang aq sangka, filem ini menceritakan kekuatan seorang lelaki, namun lelaki juga seorang manusia, pada satu masa, dia juga lemah, hanya mampu mengharapkan kekuatan dari Tuhan, filem ini mengisahkan, seorang lelaki, yang dari kecil sudah kehilangan ayah dan ibu, dan bagaimana dia struggle untuk Berjaya dalam hidup sebagai seorang yatim piatu, dan ketika dewasa, bagaimna dia mampu membuat keputusan besar, supaya orang tidak melalui apa yg pernah dia lalui, dia menyelamatkan seorang wanita, yang ingin bunuh diri kerana melahirkan bayi luar nikah, lalu dikahwininya.

Yang hanya difikiran lelaki itu, dia tidak mahu, anak itu, melalui kehidupan seperti dia, sebagai yatim piatu, dan bergelut dalam poligami, masalah kerja dan sebagainya, hanya dengan stu niat, dia hanya mahu membahagiakan orang lain.

Apa yang membuat aq tersentuh, mampukan aq begitu satu hari nanti, cuba memberikan kebahagian kepada semua orang, sbb dengan membahagiakan orang lain, mampu membahagiakan aq.
Supaya mereka percaya, hidup ini tidaklah selalu sedih, kadang2 pasti akan hadir seseorang untuk berikan secebis kebahagian kepada kita, sama ada sementara atau untuk selamanya, kadang2 yang sementara akan datang, memberikan satu rasa yang bahagia pada kita, namun ia tidaklah kekal, lalu dia pergi tinggalkan kita, itu yang ditentukan tuhan pada kita. Mungkin yang lain akan menyusul.

Dan dalam merasai bahagia dari makhluk, cubalah cari bahagia dari Pencipta, Tuhan akan campakkan kesedihan, kesakitan dan belbagai ujian, supaya kita syukur dengan nikmat yang tuhan berikan.  Syukur dan insaf dari apa dosa yg kita lakukan, mohon pengampunan, moga kita sama2 di akhirat kelak, boleh lepak dan borak di syurga Ilahi.
Semoga kasih sayang antara kita diredhai Allah, dan kita menjadi antara hamba Allah yang berkasih sayang, hanya kerana Dia. Dan matlamat kita satu, moga2 kita bersua lagi di syurga Allah.
Sahabat dan sayang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SALAM RAMADAN

dah masuk hari ke 8 dah pun bulan ramadan, dan dah bulan 6 dah, aq dah skip untuk bulan 5, dah lupa nk sign in blog nie camne dah, facebook...