Respond dari post dari warkah kembara, yang dikatakan status diri dia telah diketahui oleh ibu bapa dia, dan fikiran aku mula berputar putar memikirkan jika suatu hari nnti, aq juga akan melalui fasa yang sama, dimana terpaksa berhadapan dengan keluarga yang tidak pernah memahami apa yang aku alami. Dan yang paling menakutkan aq adalah bila, keluarga akan melakukan keputsan untuk aq, supaya putuskan perhubungan dengan kawan2 sejenis aq. Itu perkara yang paling aq takutkan.
Kadang2 aq fikir, nak je aq luahkan semua nie pada family aq, sbb apa2 pun yang berlaku dalam hidup aq, diorang akan tetap ade untuk aq, tapi betulkah semua tu, kalau aq luahkan rahsia nie pada keluarga aq, mungkin aq akan kehilangan kawan2 terbaik aq.
Semua tu bermain2 di fikiran aku, memanglah keluarga adalah yang pling penting, tapi aq masih tidak tahu penerimaan keluarga terhadap siapa diri aq sendiri, dan jika keluarga aq dapat menerima aq pun, jika aq kehilangan kawan2 aq, itu x bermakna bagi aq.
Sebab, kawan2 inilah, selama bertahun2 aq bertarung dgn kehidupan yang x pernah aq bayangkan nie, gangguan emosi, sedih , bad mood, down dan macam2, selama bertahun2 itulah, mereka inilah yang sentiasa ada untuk diri aq, sedangkan di hadapan keluarga, aq cuba tunjukkan keadaan terbaik kepada keluarga aq, bantu keluarga jika memerlukan, pentingkan keluarga, tapi dalam masa yang sama, siapa yang menguatkan aq sebenarnya adalah kawan2 aq.
Hanya diorang yang paham apa yang aq lalui, aq rasa sudah 7 tahun barangkali, dari hanya berseorang, menangis setiap malam, memikirkan apa yang berlaku pada diri aq, memikirkan kenapa aq tidak normal seperti orang lain, kenapa aq yang dipilih, kenapa dan kenapa aq, hanya tuhan yang tahu, hadirnya diorang dalam hidup aq, byk membantu aq, hidup aq betul2 berubah, dari seorang yang langsung tidak percaya dengan hidup kepada seorang yang perlu teruskan hidup.
Dioranglah yang paksa aq untuk teruskan hidup, diaorang lah yang buatkan aq sedar, yang aq x keseorang dalam hidup nie, dioranglah yang sentiasa nasihatkan aq, bahawa keluarga adalah yang pling utama, dan diorang lah yang sentiasa ada, dimana aq sudah betul2 mati untuk teruskan belajar aq dlu, masa di diploma dan sekarang di ijazah, mereka lah yang memaksa dan mengerakkan aku untuk lalui semua itu, waluapun mereka tahu, aq x mampu, dengan beban perasaan dan hati, banyak kali menjatuhkan aq, tapi mereka tetap sokong aq.
Entah, aq terfikir, kalaulah aq x jumpa diorang nie, mungkin aq bukanlah berada dimana aq berada sekarang, aq rasa sekarang hidup aq lebih stabil, tapi jika diorang tiada, dan diikutkan hati aq, aq x kan sambung belajar, aq x kan pentingkan keluarga, dan mungkin aq btul2 jauh tersasar dan hanyut. Sebab apa..? sebab aq betul2 tertekan dengan keadaan diri aq sendiri. Aq x paham dgn diri aq. Sedangkan aq sendiri tidak faham dengan diri aq, bagaimana satu hari aq dapat fahamkan keluarga aq. Dan yang paling teruk penah terlintas di fikiran. Mahu sahaja mati. Bunuh diri. Masa itu, aq rasa sakit yang aq rasa itu, lebih baik aq tamatkan. Itu semua jika. Jika aq tidak berjumpa dengan mereka2 ini.
Bukan nk dinafikan keluarga juga penting kepada aq, Alhamdulillah, pada satu part yang lain, aq syukur sebab keluarga bagi aq didikan agama yang cukup, walupun kadang2 aq rasakan masih ada yang tidak cukup, dan kasih sayang diberi, Alhamdulillah, aq syukur aq dapat, sbb x semua orang dapat apa yang aq dapat, lagi2 dari segi kewangan, sehingga aq berada di tempat aq skarang. Aq syukur semua tu, tapi pada satu part yang lain, satu perkara yang mereka tidak akan pernah faham adalah apa yang aq lalui sekarang, apa yang aq rasa dan apa yang aq perlukan.
Semua ini bermain2 di fikiran aq, aq tak minx lebih, aq x minta apa pun, jika oneday, family aq dapat tahu rahsia diri aq, tolonglah, tolong jgn pisahkan aq dengan kawan2 aq, sebab hanya diorang yang betul2 faham apa yang aq lalui, hanya diorang yang rasa, perit, pahit, sakit hati ini , untuk merhadapan dengan perasaan dan naluri ini, bukan aq x nak berubah, tapi setidak2nya, aq berada pada keadaan yang lebih baik, tidaklah aq lakukan bnda2 yang dilarang agama, aq x delah nk pergi pub atau disco atau tempat2 apa pun, dengan diorang pun, aq still masih lagi islam mukmin seperti biasa, bukannya aq tinggal solat atau benda2 wajib, aq Cuma mahu bersama diorang, sebab hanya diorang yang paham apa yang aq lalui. Itu sahaja.
Syukur jika suatu hari, keluarga dapat menerima aq, dan aq tidak berpisah dengan kawan2 aq, itu sudah cukup lengkapkan diri aq, tiada apa lagi aq mahu di dunia ini, selain kawan2 dan keluarga yang dapat pegang tangan aq, peluk aq, dan katakan yang mereka slalu ada untuk kuatkan aq, untuk aku teruskan hidup.
Yang pasti, itu semua sekarang, hanya bermain2 di fikiran aq, aq akan ternanti2, bilakah masa itu akan datang, dan aq cuba kuatkan diri untuk hadap masa tersebut, skrang hanya doa dan tawakkal, bukan saja pada diri aq, juga pada semua kawan2 aku, yang lalui kehidupan seperti aq. Dan jangan lah hilang pengharapan pada Tuhan, serahkan pada tuhan segala2nya.
Walaupun kehidupan kita berbeza, kita masih manusia yang ada hati dan perasaan, seperti manusia2 lain.
Pada manusia2 di luar sana, yang tak pernah merasa apa yang kami rasa. Jangan cepat menilai, walaupun korang x kan pernah paham, tapi kami beri peluang, tolonglah paham, kami hanya perlukan sokongan moral korang, supaya kami tidak hanyut dalam godaan syaitan dalam melakukan perkara2 yang dilarang Tuhan.
Pada manusia2 di luar sana, hentikan stigma korang terhadap LGBT, kita masing2 tidak tahu pengakhiran kita, walaupun kau beramal degan amal yang soleh sepanjang hidup, ketetapan Allah melebihan ketetapan kamu. Walaupun aq beramal2 dengan dosa, ketetapan Allah melebihi ketetapan aku. Mungkin aku ke syurga, kau ke neraka.
Hentikan stigma dan penilaian anda, cuba dekatkan diri dengan kami,peluk kami, rasa nadi kami dank kau buatlah keputusan.
Semoga kita menerima rahmat dari Allah….. apa yang Allah ciptakan ini semua tidak sia2…
Selamat berpuasa dan salam Ramadan.. sahabat2 semua..
Assalamualikum.
#kredit to warkah kembara, memberi aq idea untuk menulis.
salam ramadhan almubarak mus..=)
BalasPadamsalam hari raya yg dah lepas...
Padamdah nk hari raya haji baru aq reply..
hahaha
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padam