Ahad, 19 Jun 2016

tulisan tanpa tujuan.


Selesai paper exam ke 2 tghari tadi, dan 3 lagi masih menanti, first paper agak yakin, second paper tadi kurang yakin, namun aq serah pada tuhan semuanya, aq dah usaha semampu aq, tapi aq rasa usaha degree aq kali nie memang betul2 low, aq memang x move on lagi dari kemalasan. Orang cakap, setiap penyakit ada ubat, begitulah dengan malas, ubatnya adalah rajin. Tapi aq rasa ubat rajin tu masih tak berkesan pada aku. Kena tambah dos agaknya.

Seperti biasa, setiap tulisan aq x punya hala tuju, semua dibiarkan jari aku menari2 di atas keybord ini menaip apa yang terlintas di hati, kali ini aq menulis sambil mendengar tiupan seruling cover lagu2 dari youtube, rasa sedikit tenang dan hiba, biasalah tiupan seruling x pernah x menghampakan aq, kadang2 hiba, kadang2 boleh meremang bulu roma dengan getaran merdu seruling, dah lama teringin belajar seruling, tapi sampai ke sudah belum belajar. Aq memang suka pada alat music, lagi2 piano n seruling, teringin nak belajar tapi langsung x de peluang, bukan x de, aq yg x mencari peluang.

Jika nak berbicara mengenai semangat, aq juga seperti manusia lain, kadang2 teramat lemah semangat, mahu sehaja tidur sepanjang hari, supaya aq x memikirkan masalah2 yang berlaku. Masalah2 yang aq hadapi betul2 membuatkan aq down. Down, satu perktaan yang biasa aq alami, kebanyakan sebab aq down adalah sebab perasaan dan hati ini.

Berbalik kepada reality, apa yang ditulis ini adalah apa yang dirasakan oleh seorang PLU, kadang2 ramai lagi orang x tahu ape itu term plu, maksud nya “ people like us “, jika dilihat pada perkataan tersebut, plu itu amat sederhana perkataannya, “orang seperti kita”, aq x pasti siapa yang mempelopori penggunakan term ini, tapi jika difahami, setiap individu plu itu, mengakui dan menerima orang2 yang seperti kita, dan kita hanya hidup dalam ruang lingkup kita, kita hanya memahami antara kita sebab kita adalah “ people like us “, kita semua sama, dan hanya kita memahami kita.

Sebenarnya, jika berbicara mengenai hati dan perasaan, aq as seorang plu , memang betul2 rapuh, jika bicara2 itu dapat menyentuh satu titik di hati ni,  dimana aq betul2 sakit, pasti akan mengalirkan air mata, begituah orang2 seperti kami diluar sana, dalam hati kami, ada satu ruang, dimana kami tutup rapat baik2, kemas2, kami rahsiakan dari orang, dan x kan pernah cerita pada orang yang tak akan memahami, di ruang tersebut, tersimpan rasa sakit, perit, siksa, pedih, pahit, dan lemah, disitulah kami simpan dengan serapat2nya, agar kami tidak tunjukkan pada dunia luar, dunia luar hanya melihat kami dari segi kekuatan kami, bagaimana kami betul2 kuat dalam segala masalah, dunia luar lihat kami ini seorang yang hebat, mampu capai apa2 matlamat, dunia luar lihat kami ini sempurna.

Well, itulah apa yang dunia luar lihat, dan hanya itu yang mahu kami tunjukkan, jika kami bukakan ruang tersebut, pasti orang biasa x mampu untuk mengerti, lebih baik kami simpan dan pendam, dan hanya orang2 sperti kami yang memahami.
Kami dengan dunia kami sendiri, dunia yang penuh misteri.
Sekian, tulisan tanpa tujuan.


Mus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SALAM RAMADAN

dah masuk hari ke 8 dah pun bulan ramadan, dan dah bulan 6 dah, aq dah skip untuk bulan 5, dah lupa nk sign in blog nie camne dah, facebook...