Ahad, 21 Ogos 2016

Anxiety disorder

Anxiety disorder ( gangguan kebimbangan ) 

Aku tak tahu berapa ramai dalam kalangan gay yang mengalami anxiety disorder nie, tapi kalau dari  segi keseluruhan ramai yang mengalami sakit nie, termasuklah aq, aq ada join satu group, gastrik, gerd and anxiety Malaysia, ahli hampir 3 ribu orang, dalam tu ramai yang share masalah2 sal penyakit nie, then aq tergerak tangan untuk tulis sal masalah nie, sebab setelah sekian lama aq x kna serangan nie hampir 4 taun, semalam tiba2 aq kna balik serangan nie.

Aku mula knal gangguan nie masa aq skolah menengah, first sbb mak aq penah  kna ganggu sakit nie, malam tu, tiba2 mak aq nangis2, meraung2, then aq x paham lagi time tu, apa yang berlaku, just urutkan dengan baca ayat2 al-quran, dalam sejam lebih, baru mak aq stabil sikit, masa tu fikir kna rasuk hantu ke ape ke, memang x tau apa2 .

Dan semakin aku dewasa, dengan bermacam2 dugaan yg dihadapi, lagi2 kehidupan sebagai seorang gay, aq mula stress dengan kehidupan, stress dengan orang sekeliling, dan bermacam2 keadaan yang boleh menyebabkan aq tertekan. Lagi2 aq mengalami masalah gastrik teruk, atau gastrik angin. betul2 mengaggu kehidupan normal aq.

Aq x ingat serangan pertama aq, tapi serangan tu peringkat awal, tidaklah seteruk peringkat seterusnya, dalam bacaan aq, serangan anxiety disorder nie dipanggil serangan panik. Aq mula kna panik attack nie, masa dekat masjid untuk solat jumaat, ia mula terjadi bila gangguan kebimbangan tu tiba2 meningkat, dalam situasi dimana, ketika solat jumaat,  kira berada di tgh2 orang yg ramai yg sedang solat, situasi itu yang menyebabkan panic attack, mungkin panic attack nie berlainan antara kita, tapi dari perbincangan yang aq bace dalam group fb yang aq join, mmg ramai akan kena attack nie masa solat jumaat, so kebanyakan dari kami akan mengambil keputusan untuk ke masjid sedikit lewat untuk berada di saff pling belakang.

Situasi orang yang ramai tu, mencetuskan kebimbangan, tidak selesa, seterusnnya mencetuskan panic attack, mula2 jantung akan berdegup laju, tangan akan berpeluh, dan merebak ke satu badan, rasa berpeluh tiba2, dan akan shaking, badan akan terketar2, dan kebimbangan akan pitam atau pengsan. Setakan nie, aq x pernah lagi pitam, tapi serangan pada solat jumaat mmg kerap kali berlaku, lagi2 aq ada gastrik yang teruk, klau aq x makan breakfast, confirm akan kna serangan tu masa solat jumaat. So aq ambik langkah, tiap hari jumaat, make sure aq ambil breakfast, x keja berat2 sgt, ataupun last sekali, berada di saff pling belakang. Untuk kurangkan kebimbibangan. Well, sejak dari tu, solat jumaat aq, mmg keraplah x kusyuk. Kebimbangan tu sentiasa ada. Kadang2 teruk sampai kna panic attack, atau pun biasa2.

Panik attack tahap yg teruk sikit, aq just baru diserang dua kali, yang pling teruk, 2 kali, pertama masa aq still study diploma, then last night. Masa aq study diploma dulu, lebih kurang 4 tahun lepas, bagi diri aq, combination situasi yg sempurna, mmg akan mencetuskan panic attack nie, dan yang paling teruk ia berlaku malam, gabungan faktor2 gastrik angin, situasi, dan keadaan. Aq kna attack tu bila aq silap minum nescafe, menyebabkan aq x sedap badan, situasi malam di asrama, dan aq tidur seorang dalam satu bilik untuk 4 orang, dan keadaan aku yang stress sal study. Itu yang aq maksudkan combination yang sempurna.  Pukul 1 tgh malam, di asrama, mmg aq rasa x sedap badan, cam angin x keluar dari badan, sbb minum nescafe, dan masa untuk tidur, it happen , tiba2 jantung berdegup laju2, dan kebimbangan makin meningkat, aq mula fikir aq sakit jantung, atau aq nk kna sampuk hantu n bermacam2 benda aq mula fikir, dalam keadaan bilik yang gelap, tiba2 berpeluh, badan aq dah mula mengeletar dan aq mula jadi x tentu arah, aq rasa nk menjerit, nafas tersekat2, rasa cemas yang amat sangat, n macam2 bnda terfikir, dalam masa 1 pagi, aq ambik keputusan keluar dari bilik asrama dan round satu blok, aq jalan dengan keadaan yang x tentu arah, ia ambil masa hampir 30 minit untuk aq tenang blik, bila aq jumpa budak2 kolej ada yang masih lagi blum tidur, n dengar diorang tgh lepak nyanyi2. Keadaan aku mula tenang blik, tapi badan still terketar2, dan aq blik bilik, aq buka laptop, buka bacaan ayat Al quran n aq bce yasin, habis yasin, aq makin tenang, tapi still gangguan kebimbangan akan diserang sekali lagi masih ade. So aq mmg x bleh lelapkan mata, 3 4 jam, bermacam2 bermain di fikiran, last aq dengan azan subuh, then aq solat subuh, baru boleh tidur. Nasib baik aq kna attack pada hari cuti.

Itu panic attack aq untuk first time, mmg rasa siksa gila2, rasa cam nk kna strok, rasa cam nk mati, dengan orang bercakap2 di telinga, rasa ada lembaga bermain2 dalam bilik, dan bermacam2 lagi, dan, sehingga ke harini aq still x crita kat sape2, kecuali mak aq, sbb dia pun penah kna attack dlu, mak aq sembuh pun bila ambik ubat gastrik n satu susu yang ratus2 tu, aq pun x tau jenama ape. Tapi aq memang x de ambik ape2 ubat. So lepas pade tu, aq cuba jauhi, situasi2 yang boleh trigger attack tu, nescafe, mmg pantang, klau terpaksa tidur sorang, aq make sure, aq lepak2 dlu, sampai letih blik bilik trus tido n bab stress study mmg aq x leh elak.

Tu attack yang teruk, attack yang biasa still lagi berlaku, pada certain2 situation, sampai la aq jumpa satu ubat nie, asyuura drink, minuman nie bukan lah sembuhkan gangguan tu, tapi sembuhkan gastrik teruk aq, sbb gastrik angin aq yg trigger attack tu.  Lepas aq cuba minuman tu, mmg kurang dah serangan tu, even gangguan kebimbangan still berlaku, tapi tidak menyebabkan panic attack.

Dan setahun lepas aq mula stop ambil minuman tu, sbb mmg jarang kna serangan tu, then lagi2 kna beli on9, ade je stock dengan aq, tapi bila perlukan bulan lepas, sbb aq rasa gastrik aq cam nk teruk balik, aq tgok dah x elok. So aq x minum minuman tu sampai la malam semalam.

Panik attack yang teruk untuk kali ke 2, situation, malam pukul 12, langgar pantang, minum nescafe, still stress sal hidup,n tambah sakit kepala. Perfect combination. Kul 11 lebih aq tetiba lapar,  then aq buat white coffee bungkusan paparich, aq cicah dengan biscuit cheese, habis 6keping biskut, satu cawan white coffee, time to sleep, badan mula berangin, nak sendawa tapi x boleh, then gangguan kebimbangan aq mula menggangu, lagi2 aq baru baca sal jin qarin,  Worst thing bila jantung berdegup laju, dengan sakit kepala, aq mula fikir nk kna strok, or rasa cam nk mati, masa aq dah sampai, bilik yg gelap tu, rasa ada something bermain2 dalam bilik, bisikan2 kat telinga, aq dah jadi x tentu arah, bagun baring, bagun baring, aq keluar bilik, buka tv, aq x bleh focus, hilang focus, cam berpusing2, sesak nafas, rasa nk jerit kuat2 panggil mak aq , badan dah mula terketar2, seriously mmg x tau nk buat ape, lebih kurang 10 minit, aq minum air suam banyak2, baru lah rasa nafas dah x sekat2, its take time untuk tenang balik, tapi still bimbang takut kna serang blik, then buka laptop, buka surah yasin, buka lampu bilik, n cuba baring blik. Tiap kali nk lelap mata, akan ada gangguan, tambah dengan aq sakit kepala, aq makin stress untuk tidur, then attack again, aq jalan pusing satu rumah cam orang gila. Mmg aq x leh duduk, rasa x tentu arah, dengan terketar2, lebih 10 minit, ok blik. Aq dah penat. Kul 3 lebih, aq dapat single msg, selamat malam. At least kurangkan ckit, bila aq rasa situasi aq bukan keseorang. Aq terlelap, then terjaga berulang2 , kepala mmg sakit2 gila, mmg nk pecah kepala, bce ayat2 quran, dengan ayat quran. Kul 4 lebih, at last, aq tertidur, bangun untuk subuh, badan still lagi lemah gila, still shaking, still sekarang, pukul 3,45 petang, aq gagahkan diri untuk tulis benda nie, at least boleh kurangkan stress aq.  Still rasa berat kepala, nk demam, n betul2 lemah.

kadang2 panik actack nie boleh kna time aq bawa kreta, tapi still x teruk, aq x tau if one day, tempat2 ramai orang, mmg akan kena, so aq mmg kna elak tempat2 camtu, n banyak lagi situasi2 boleh trigger panik attack, well, tu mmg menganggu kehidupan yang normal. 

Aq x tau bila akan sembuh n berakhir semua nie, harap2 aq x langar pantang lagi, n elakkan situasi2 yang boleh mencetuskan panic attack tu. Doakan kan, moga2 kembali sihat. Amin..

Thanks…

Assalamualaikum.

#banyak bacaan boleh dapat dari internet, dan boleh join, group fb gastrik, gerd dan anxiety Malaysia, untuk berbincang2,

#ini lebih kepada masalah phycology, atau lebih teruk menghampiri masalah kemurungan.

#get ur medicine n treatment sebelum terlambat.




boleh cuba, pada spe2 yg ada gastrik yg kronik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SALAM RAMADAN

dah masuk hari ke 8 dah pun bulan ramadan, dan dah bulan 6 dah, aq dah skip untuk bulan 5, dah lupa nk sign in blog nie camne dah, facebook...