Isnin, 30 Mei 2016

masa.



Masa menghambat aku terlalu cepat, tapi aq tetap nk update blog nie.. at least skali sebulan, sebenarnya ada je topik topik yang ingin dibincangkan dan ditulis, tapi aq yang x de masa untuk menghuraikan, well aq nie bukan seperti orang lain yang selalu ada masa. sebab.. masa aq kebanyakan di gunakan untuk tidur...hahaha

aq selalu tenggelam dalam mimpi... sebab kadang2 kehidupan dalam mimpi Lebih indah dari kehidupan yang sebenar, sbb itu aq lebih suka tidur, hak hak hak. Kalau dikiutkan dari psikology, hidup aq betul2 dalam keadaan kucar kacir, aq x mau keluar dari kehidupan selesa aq. Mahu hidup dalam mimpi, tak mahu berhaapan dengan kehidupan reality. Sebab aq terlalu sakit dengan kehidupan reality aq. Maka masyarakat akan lihat betapa teruknya kehidupan aku, yang begitu suram, tak ada apa yang boleh dibanggakan, langsung tidak ada warna warni dalam hidup.

Entah, itu perspektif kehidupan dari mata aku, tapi aq x tahu, dari mata orang lain. Mungkin orang lain lihat hidup aq sempurna, mungkin, aq x menafikan apa apa.. mungkin ada perkara perkara yang membuatakan aq untung dengan kehidupan ini. Tapi apa yang aq rasa sekarang menghapuskan warna warni kehidupan aq. Mengubah menjadi suram. Mungkin aq sendiri yang mengubah kea rah suram, selalu memikirkan masalah dan lari dari masalah.
Ini semua crita mengenai psikology, mengenai kehidupan reality, mengenai identity individu, masing2 berbaza dan masing2 boleh mengubah kehidupan masing2.. tapi x semua dapat pelunang untuk mengubahnya. Aku leibh suka menulis mengenai kehidupan, sebab aq x nak hipokrit dengan hidup aku, cukuplah aq Cuma berselindung mengenai perasaan. Selain itu aq x nak rahsia, aq x kisah apa orang cakap sal aq, sbb orang x rasa apa yang aq rasa. Dan aq x de nk marah diorang sbb x paham aq. Sbb diorang mmg x difahamkan.
Borring… hahaha… well n3 nie langsung x dipikirkan… aq Cuma letakkan tangan dan dia menaip dengan sendiri.. aq tau.. klau aq berfikir mengenai tajuk untuk ditulis. Terlalu bamyak factor yang perlu aq tgok sebelum aq post something. So better this way… then aq x berharap pun orang bce… hahaha nie Cuma contengan stress di buku…. Namapak sangat aq tengah tertekan dengan kehidupan sekarang…. Sbb aq masih dalam proses perubahan… perubahan dari segi pemikiran. Nnti berubahlah aq punya penulisan…. Tapi skarang still dalam proses… so aq still x nak ubah apa2 lagi…
Well.. apa la aq mengarut nie… just layan je lagu kat atas tu…
Nk bgtau je… exam time is coming.. dan aq makin stress… hahhaah
Doakan semoga aq Berjaya…
Adios.

Ahad, 17 April 2016

JATUH , REBAH, MATI.


semua benda serba tidak kena hari ini, mula dari semalam lagi, aq tido tak nyenyak, bgun pagi nie, alarm pun x sempat bunyi, aq bangun dulu, kepala pening2, klass pagi pukul 8,  presentation hancur, idea entah kemana, cakap pun tunggang langgang, myb sbb secara spontan, aq x brape ready, kepala still pening2, habis klass, tayar kereta pancit, nasib baik ade pam elektrik tu, tapi tu pun dah rosak, tapi boleh la guna lagi, cuba dan cuba dan cuba, kenapa x berfungsi, last2 tau, tempat cucuh rokok kreta aq tu yang rosak. so, x berguna la ada pam tu.

msg kawan, wassap dia, one tick, call dia guna no lain, dia x angkat, nak call no biasa x de kredit, nk buat sos pun x boleh. one tick... one tick... one tick.... dah terpikir nak tukar tayar tgh2 panas kul 12 tghhari. msg masuk. nasib baik kawan aq reply, panggil dia dtg tempat aq, then baru boleh pam. settle pam, pegi la kedai tyre nk cek.

kul 12, x breakfast lagi, klass pun aq ponteng, tunggu la kedai tu, kedai tu pun byk plak kreta dia arini, mekanik 2 orang je, nasib baik abg tu bgus. cek tyre, masalah tempat yg masukkan angin tu, then tukar la benda tu, 10 ringgit... padalah.. aq baru habis 500 ringgit tukar tayar tu semalam, sbb nk rushing balik johor, x sempat aq nk cek ape2, alingment pun x betul, aq kat johor nie lagi x tau kat mne nk buat bnda alah tu.

settle repair tyre tu, aq pegi makan, makan pun dah x selera dah.. masuk angin barangkali, balik bilik tidur sampai ke petang, makan malam sorang, aq balik nk cuci baju, sabun plak tumpah. dah cuci, aq pergi dryer, dryer pun x kering. terpaksa sidai dalam bilik, aq x nak ambik risiko kena curi baju tu. now aq cuba settle masalah2 lain.

Sebenarnya, point kat sini, harini mmg tuhan nk uji aq sangat2, semalam asa drive, aq dengar satu tazkirah, dia kate, ape2 pun yg terjadi, apa2 pun yang terlindas di fikiran, niatkan semua kerana Allah. Then dari semalam aq cuba sabar, sabar aq x leh tdo semalam sbb kawan aq tgh study, dia x tutup lampu. Cuba sabar. Kerana Allah. Pagi tadi. Bgun dengan niat pergi klass, cari ilmu kerana Allah, Allah uji dengan presentation aq, tapi presentation tu hancur. Redha.

Part paling nak menguji, tyre aq pancit, mula2 yakin, pam aq bleh guna, last2 x leh guna. Mmg stress sbb klass x de gap, time tu mula la fikir macam2, nk marah2 semua. Ujian… sabar… Allah nk hapus dosa… tapi terpaksa gak ponteng klass.

Semakin aq dekatkan diri dengan Allah… semakin kuat ujian Allah bgi, tapi sedikit pun aq x kan pernah hilang harapan aku pada Allah.
Aq tau, ini semua sbb tuhan nk hapus dosa aku.

jatuh, rebah, tapi aq x mati, hati aq hidup, sbb aq ada Allah.


Khamis, 14 April 2016

lepak

entahlah, perasaan aq bercampur baur, cinta, keluarga, kawan, dan sahabat. 

aq terlalu tamak, untuk jaga semua hati2 orang, sehingga hati aq sendiri x mampu terjaga.

aku cuma mahu beritahu.

aku perlukan kau.

dan kau perlukan aku.

aku cuba hargai kau.

dan kau cuba hargai aku.

apa yang kita lalui.

tidak mudah untuk kita.




Khamis, 24 Mac 2016

LEPAK2 PETANG

petang nie, lepak depan laptop je la, sbb kemalasan aq melebihi segalanya... sambil dengar2 lagu, cuba la nk menaip serba sikit, walaupun x de crita nk diborakkan petang nie, semua roomate aq keluar main futsal, then ade yg ade hal, dan macam2 la, aq pun ade je hal, well said, kemalasan melebihi segalanya... hak hak hak.. sebab sampingan lain. koleh jauh dari u, malas la nk pegi u, padahal boleh je aq nk lepak sana, jogging dan semua bagai.. tapi nnt lah... ade kesedaran aq pergi je la....

so.... ade la dalam seminggu 2 lepas, ade kes ape ntah ngan geng blogger nie... tup2.. 3 orang tanya aq bnda yg sama.. dah masuk org ke 3 tu... naik meluat la plak aq.... aq x de kena mengena pun.. ape kes pun aq x tau... katanya ade blogger nie jumpa kawan dia dari johor, then ada crita apa ntah... aq sampai johor x sampai 2 bulan lagi... x kuasa aq nk kecau hidup orang, cerr tanya blogger tu sendiri.. dia jumpa siapa..... x kan la kawan dia aq sorang je.... entah2 dia buat crita ke ape ke... huhhh...!!! stress plak aq.... entah ape2 la.... minx maaf la spe2 yg terlibat tu..... aq nk melenting tiba2 nie bukan sal ape.. ye la.. lama bebenor x msg aq.. nk tanya khabar ke ape ke..... tup2 msg tanya sal masalah diorang.... sorry again....

( twist ).... ada someone tu, dia suka cakap, "kawan akan datang dan pergi ".... bila dia cakap camtu, aq x tau nk describe camne... klau boleh aq dalam hidup nie, x nak berpisah ngan kawan2... setidak2nya aq cuba msg skali seminggu... tapi x disanggkal.. ade je aq x msg... tapi please msg aq dlu.... aq akan reply punya..... one be friend.. 4ever friend... dunia nie kejap je... dunia nie x luas pus... x de faedah kita nk putus2 kawan.... tapi tu bgi pihak aq.. tapi aq x tau orang lain...

kes dia camni...bila tiap2 kali kita ja yg mulakan perbualan.. mst akan timbul rasa... "eh... asyik aq je yg strart.... myb dia x suka kawan ngan aq kot"... then... lepas tu... mulalah aq malas nk start msg orang... pastu.... lama2 last2 x msg langsung... then... itulah dikatan kawan datang dan pergi... padahal, kalau diusahakan cuba la msg2 sbulan skali.. tanya khabar... kalau aq x msg.. kau msg la... then... x de la tali kawan tu terputus camtu je.... nie x.. tiap2 bulan kita yg msg tanya khabar.. pastu... reply pun nk x nak.... then aq nampak la... aq x diperlukan.... so undurkan diri la....

mmg ia stu kebiasaan... kawan datang dan pergi... tapi tidakkah kau rasa kerugian... byk ilmu yg kau boleh ambik dari kawan2 yang ramai.... lagi2 klau 2 2 ego.. 2 2 tunggu msg masing2... pastu mereput la.. bertahun2....

yea... mungkin aq yg silap... aq terlalu positive... terlalu berharap sgt.... mungkin aq dah kna ubah mindset aq.... kena paham dan hadam... bukan semua yang aq nk aq akan dapat... tapi cuma satu je aq set dalam mind aq... korang penah bgi sesuatu ilmu dalam hidup aq, so aq set.. aq x nk lupkan korang... sbb aq mmg sgt2 terhutang budi.. aq x nak lah.. lupakan korang... atas apa yg pernah korang bgi dalam hidup aq...tu je.. tu je niat dan mind set aq... sbb aq tehutang budi ngan korang....

well... klau aq terpaksa ubah mind set aq tu.. biarlah aq bayar dlu hutang budi korang... tapi x tau.. how can aq boleh bayar hutang budi ngan korang... aq just mampu nyatakan... klau korang ada masalah... just contact me..... aq cuba semampu boleh....

and 4 the last lepak2 petang nie... jgn pernah cakap aq lupakan korang.. aq x pernah lupakan korang... tapi nampak seperti korang x memberi peluang untuk aq cuba jadi kawan korang.... aq cuma mahu bgi yg terbaik.... dan terima kasih untuk segala galanya... 

kawan....

Isnin, 21 Mac 2016

Rilekss...

Rileks dlu, mood study tgh otw, tapi agak2 cam nak sampai dah.. tpi x sampai2 lagi, bayak kali dah tanye ade kat mne... x nak plak bgtau.. cakap nk sampai dah nak sampai dah, berjanggut aq tunggu..

bak kata ustaz semalam, "niat kamu datang sini kena btul, nak belajar, bukan bnda lain, klau bnda lain, kamu akan rasa tertekan"...

zappp... satu tamparan besor kena muka aku.... lantas tersengih cam kerang busuk, patutlerrr.. niat aq mmg kelain, bukan btul2 nk blajor, patut la lain macam rasa dia, kesudah2 x de semangat...

then seriusly, niat aq mmg x betul, aq fikir aq sambung nie, aq dapat enjoy2 kat sni, lepaskan tanggungjawab aq kat rumah, cari seseorang, x kira la laki ke perempuan ke, nak lepas stress kat sni, bila dah jauh dari family,, kahkahkah... last2 makan diri lerr... ( tapi niat2 nk enjoy n cari laki ke perempuan tu dah terkubur, sbb dan ade calon... huhu )

bila dah dengan tazkirah tu semalam... bru la nak sedor diri, baru la nk bina niat baru, belajor untuk ape, yg first, mesti la kerana Allah kan... dan yang lebih2 tu... bru la aq mencari2... apa la niatnye...

aq x mau la, aq x dapat ape2 kat sni.. melainkan letih jerr.. x berbaloi.. letih otak semua.. klau aq x dapat ape2 ilmu...

Dan.. ok la.... slow2 aq belajar, jgn nk sumbat semua skali, boleh jem otak aq, ye lah.. kemampuan otak aq nie.. x cam orang2 lain... blajar biologi form5 dlu... angkut 2 buku rujukan ke lab.. bru bleh paham, nak dibandingkan yg lain, satu modul dah cukup diorang nk dapat A.. dalam biology.... usaha aq tara tu pun..still x dapat A....
apa aq nak habaq... aq kena usaha 10 kali ganda dari orang lain.. bru bleh aq cemerlang.... tara nk usaha 10 kali ganda tu la yang letih oii....

tapi DEMI..demi la apa2 pun... aku cuba.... tara mna bleh aq p... tara tu la rezeki aku..... kayuh p la plan2... yg penting dapat ilmu tu...

cakap pong pang pong pang.. komtaq pun bleh tumbang... kahkahkah... usahanye kemana.. ke laut....

bertabahlah seketul Mus....
betulkan niat...
Adios.... 

Selasa, 15 Mac 2016

TIDAK SELAMANYA.


Jumaat lepas, aq dapat satu perkhabaran, ceh.. cam apa plak... stu berita la.. tapi berita yang happy MUNGKIN... tapi n3 sal berita tu aq akan post nnt... so kesan dari berita tu,aq upkan n3 ini, 

so.. klau diikutkan, sudah berapa lama aq dalam dunia blog nie, dari form 4 mungin... so dah 7 tahun, tapi x lawan lagi ngan blogger senior, diorang lagi lame dari aq, dan lebih berpengalaman dari aq, dan apa yg cuba aq bgtau, bagaimana aq lalui bnda nie semua, lebih kurang 7 tahun dan sampai pada tahap nie.

mula2 dlu, klau dari blog lama aq, korang akan tau, bagaimana karekter aq time tu, jiwang, kejap2 sedih, masalah2, nak nangis je, kejap2 puisi berpuitis2, luahan semua apa yang aq rasa, rasa nak bunuh diri, dan macam2 rasa, semua aq luahkan kat stu, blog lama tu pun dan berapa kali tukar nama, mengikut tahun demi tahun, ye lah, aq mmg jenis tu, setiap tahun nak semangat baru dan baru, dlu2 ade gak blogger nie, close kejap, pastu wat comeback balik, well bagi aq tu cara nk dapatkan semangat balik nk tulis blog.

so tahun demi tahun, dan jumpa senior2 blogger, abang2 semua, diorang nie mmg power la, mmg pro la,, mmg aq x lawan la even skarang pun, walaupun dah bertahun aq dalam nie, still x dapat lagi nk sepower diorang... ala2 super power la tu,,, hhahaa

dan belbagai2 jugaklah aq bace blog nie, mmg macam2 jenis semua, ada just suka2, crita sal diri sendiri dan macam2 lagi. ( aq rasa cam penah tulis dah yg nie ) 

(twist), dan sekarang aq jumpa  ramai yang masalah2 diorang cam aq dlu2, kadang2 sedih, perasaan bercampur baur dan macam2 rasa. dan semua tu aq penah lalui, dan aq penah tulis dalam blog lama aq, setiap minggu, still perasaan yang sama, sehingga la bertahun2.. keep writting bnda yg lebih kurang sama, masalah hati dan persaan.  

Dan tahun berganti tahun, aq knal ramai manusia dalam kalangan aq nie jugak, berkongsi2 cerita, dalam dunia yang sama, jumpa, borak2 lepak2, then kita akan sedar, kita x keseorangan dalam dunia nie,

Dan, segala bnda yang kita rasa dlu tu, sedih ape jadah semua tu, akan move on sedikit demi sedikit, yang penting, kita keep sibukkan diri, klau ada masalah crita ngan kawan, yang penting doa dan serahkan pada Tuhan.

Dan kita akan move on perlahan2, dan skarang... mungkin setahun lepas, aq boleh katakan, aq dan total move on, walaupun kadang2 ade lagi ckit2 rasa tu. tapi skrang, dah cepat move on, bila kita dah pernaha rasai, dari pengalaman yang lepas, so kita tahu, kalau kita keep fikir benda tu, ia akan makan diri, so better kita let it go. stop think.. and keep positive.. keep positive dan keep positive... jangan pernah lagi pikir negative, 

mmg masalah akan berganti2, tapi kita mest tahu cara nk move on, nk selesaikan masalah, kadang2 kita just pada masalah hati, so kita kna tahu camne nk move dari masalah perasaan nie. cari cara sendiri. then kita akan jumpa jalan keluar, yang penting jangan sesekali kita lupa Tuhan.

( twist ). dari dulu aq penah keep tulis, aq keep remind diri aq, setiap masalah aq nie, ada hikmah, setiap kali aq rasa sedih, aq ingatkan diri, ada hikmah sebalik semua nie, dan bertahun2, aq cuba ingatkan diri aq, ada hikmah semua nie, ade sesuatu tuhan nak bgi pada aku. dan aku cuba sesungguh mungkin, serahkan pada tuhan. serah pada tuhan segala2nya. serah pada tuhan. apa yang akan jadi ngan hati aq. dan sentiasa cuba terus dan terus ingatkan benda tu. dalam blog lama aq.. byk kali aq tulis. dan sampailah sekarang.

Aku x mampu halang jika hikmah itu sudah sampai pada aq, jika sudah tiba masanya, x de sape2 mampu halang, selama bertahun2 sakit dengan perasaan nie, struggle dengan fikiran dan akal, dengan nafsu, dan dengan dosa, bertahun2. mungkin tahun ini sudah sampai beritanya. 

( twist ). aq sudah dalam perhubungan. seorang calon isteri telah dipilih oleh emak aq, dan aq dalam proses mengenali seorang perempuan ini. Alhamdulillah... semoga dipermudahkan segalanya.

DAN MUNGKIN, AKU TIDAK SELAMANYA DISINI.

Demi seorang perempuan yang bakal menjadi pelengkap hidup aq, aku perlu perlahan2 move on dari dunia ini, kurangkan dari aktiviti2 yang kurang sihat, ini nekad aq, mungkin ramai akan pertikaikan, mampukah aku dan belbagai tomahan akan diberikan.

Dan aq bagi tahu, ini hidup aku, bukan hidup korang. dan aku tahu, apa yang aq mampu dan apa yang tidak. bukan hak korang untuk menilai aq.

( twist ) perancangan perhubungan in mungkin 3 tahun, sbb sehingga aq tamat belajar. dan cukuplah. 10 tahun aq, walupun perasaan tu sebenarnya lagi lama, tapi aq ambik secara rasmi, 10 tahun.

KAWAN, SAHABAT, BESTFREIND, DAN SESIAPA, " tidak masuk syurga seseorang mukmin itu jika memutuskan silaturrahim ".... dan aku tidak akan sesekali pernah putuskan persahabatan ini, keep texting me, insyaAllah aq reply, tidak ada sebab untuk aq lupakan orang2 yang pernah muncul dalam hidup aq dan bagi aq semangat, hingga apa yang aq dapat sekarang. 

satu hasrat dan keinginan pada aq, ingin lihat kawan2 bahagia, walaupun dengan cara sendiri, yang mana boleh aq bantu aq bantu, demi kasih sanyang aq pada kawan. insha Allah...

( semangat2 ini, banyak aq belajar daripada senior2 blogger, ingin aq listkan nama sorang2, tapi aku takut tertinggal, hahaha, thanks pada semua )

blog lama : http://yourredeagle.blogspot.my/

DAN AKU MASIH DALAM PERUBAHAN KE ARAH YANG LEBIH BAIK....

till we meet again...
:)

SETIAP HIDUP.

Usai menonton filem dari Indonesia, jalan cerita sama sahaja seperti filem2 motivasi lain.

Dan setiap kali aq tgok crita2 camni, mula la nak sebak...hahah  ya, aq tidaklah sekuat yang aq sangka, filem ini menceritakan kekuatan seorang lelaki, namun lelaki juga seorang manusia, pada satu masa, dia juga lemah, hanya mampu mengharapkan kekuatan dari Tuhan, filem ini mengisahkan, seorang lelaki, yang dari kecil sudah kehilangan ayah dan ibu, dan bagaimana dia struggle untuk Berjaya dalam hidup sebagai seorang yatim piatu, dan ketika dewasa, bagaimna dia mampu membuat keputusan besar, supaya orang tidak melalui apa yg pernah dia lalui, dia menyelamatkan seorang wanita, yang ingin bunuh diri kerana melahirkan bayi luar nikah, lalu dikahwininya.

Yang hanya difikiran lelaki itu, dia tidak mahu, anak itu, melalui kehidupan seperti dia, sebagai yatim piatu, dan bergelut dalam poligami, masalah kerja dan sebagainya, hanya dengan stu niat, dia hanya mahu membahagiakan orang lain.

Apa yang membuat aq tersentuh, mampukan aq begitu satu hari nanti, cuba memberikan kebahagian kepada semua orang, sbb dengan membahagiakan orang lain, mampu membahagiakan aq.
Supaya mereka percaya, hidup ini tidaklah selalu sedih, kadang2 pasti akan hadir seseorang untuk berikan secebis kebahagian kepada kita, sama ada sementara atau untuk selamanya, kadang2 yang sementara akan datang, memberikan satu rasa yang bahagia pada kita, namun ia tidaklah kekal, lalu dia pergi tinggalkan kita, itu yang ditentukan tuhan pada kita. Mungkin yang lain akan menyusul.

Dan dalam merasai bahagia dari makhluk, cubalah cari bahagia dari Pencipta, Tuhan akan campakkan kesedihan, kesakitan dan belbagai ujian, supaya kita syukur dengan nikmat yang tuhan berikan.  Syukur dan insaf dari apa dosa yg kita lakukan, mohon pengampunan, moga kita sama2 di akhirat kelak, boleh lepak dan borak di syurga Ilahi.
Semoga kasih sayang antara kita diredhai Allah, dan kita menjadi antara hamba Allah yang berkasih sayang, hanya kerana Dia. Dan matlamat kita satu, moga2 kita bersua lagi di syurga Allah.
Sahabat dan sayang.


SALAM RAMADAN

dah masuk hari ke 8 dah pun bulan ramadan, dan dah bulan 6 dah, aq dah skip untuk bulan 5, dah lupa nk sign in blog nie camne dah, facebook...