Anxiety disorder ( gangguan kebimbangan )
Aku tak tahu berapa ramai dalam kalangan gay yang mengalami
anxiety disorder nie, tapi kalau dari segi keseluruhan ramai yang
mengalami sakit nie, termasuklah aq, aq ada join satu group, gastrik, gerd and
anxiety Malaysia, ahli hampir 3 ribu orang, dalam tu ramai yang share masalah2
sal penyakit nie, then aq tergerak tangan untuk tulis sal masalah nie, sebab
setelah sekian lama aq x kna serangan nie hampir 4 taun, semalam tiba2 aq kna
balik serangan nie.
Aku mula knal gangguan nie masa aq skolah menengah, first
sbb mak aq penah kna ganggu sakit nie, malam tu, tiba2 mak aq nangis2,
meraung2, then aq x paham lagi time tu, apa yang berlaku, just urutkan dengan
baca ayat2 al-quran, dalam sejam lebih, baru mak aq stabil sikit, masa tu fikir
kna rasuk hantu ke ape ke, memang x tau apa2 .
Dan semakin aku dewasa, dengan bermacam2 dugaan yg dihadapi,
lagi2 kehidupan sebagai seorang gay, aq mula stress dengan kehidupan, stress
dengan orang sekeliling, dan bermacam2 keadaan yang boleh menyebabkan aq
tertekan. Lagi2 aq mengalami masalah gastrik teruk, atau gastrik angin. betul2
mengaggu kehidupan normal aq.
Aq x ingat serangan pertama aq, tapi serangan tu peringkat
awal, tidaklah seteruk peringkat seterusnya, dalam bacaan aq, serangan anxiety
disorder nie dipanggil serangan panik. Aq mula kna panik attack nie, masa dekat
masjid untuk solat jumaat, ia mula terjadi bila gangguan kebimbangan tu tiba2
meningkat, dalam situasi dimana, ketika solat jumaat, kira berada di tgh2
orang yg ramai yg sedang solat, situasi itu yang menyebabkan panic attack,
mungkin panic attack nie berlainan antara kita, tapi dari perbincangan yang aq
bace dalam group fb yang aq join, mmg ramai akan kena attack nie masa solat
jumaat, so kebanyakan dari kami akan mengambil keputusan untuk ke masjid
sedikit lewat untuk berada di saff pling belakang.
Situasi orang yang ramai tu, mencetuskan kebimbangan, tidak
selesa, seterusnnya mencetuskan panic attack, mula2 jantung akan berdegup laju,
tangan akan berpeluh, dan merebak ke satu badan, rasa berpeluh tiba2,
dan akan shaking, badan akan terketar2, dan kebimbangan akan pitam atau pengsan.
Setakan nie, aq x pernah lagi pitam, tapi serangan pada solat jumaat mmg kerap
kali berlaku, lagi2 aq ada gastrik yang teruk, klau aq x makan breakfast,
confirm akan kna serangan tu masa solat jumaat. So aq ambik langkah, tiap hari
jumaat, make sure aq ambil breakfast, x keja berat2 sgt, ataupun last sekali,
berada di saff pling belakang. Untuk kurangkan kebimbibangan. Well, sejak dari
tu, solat jumaat aq, mmg keraplah x kusyuk. Kebimbangan tu sentiasa ada.
Kadang2 teruk sampai kna panic attack, atau pun biasa2.
Panik attack tahap yg teruk sikit, aq just baru diserang dua
kali, yang pling teruk, 2 kali, pertama masa aq still study diploma, then last
night. Masa aq study diploma dulu, lebih kurang 4 tahun lepas, bagi diri aq,
combination situasi yg sempurna, mmg akan mencetuskan panic attack nie, dan
yang paling teruk ia berlaku malam, gabungan faktor2 gastrik angin, situasi,
dan keadaan. Aq kna attack tu bila aq silap minum nescafe, menyebabkan aq x
sedap badan, situasi malam di asrama, dan aq tidur seorang dalam satu bilik
untuk 4 orang, dan keadaan aku yang stress sal study. Itu yang aq maksudkan
combination yang sempurna. Pukul 1 tgh malam, di asrama, mmg aq rasa x
sedap badan, cam angin x keluar dari badan, sbb minum nescafe, dan masa untuk
tidur, it happen , tiba2 jantung berdegup laju2, dan kebimbangan makin
meningkat, aq mula fikir aq sakit jantung, atau aq nk kna sampuk hantu n
bermacam2 benda aq mula fikir, dalam keadaan bilik yang gelap, tiba2 berpeluh,
badan aq dah mula mengeletar dan aq mula jadi x tentu arah, aq rasa nk
menjerit, nafas tersekat2, rasa cemas yang amat sangat, n macam2 bnda terfikir, dalam
masa 1 pagi, aq ambik keputusan keluar dari bilik asrama dan round satu blok,
aq jalan dengan keadaan yang x tentu arah, ia ambil masa hampir 30 minit untuk
aq tenang blik, bila aq jumpa budak2 kolej ada yang masih lagi blum tidur, n
dengar diorang tgh lepak nyanyi2. Keadaan aku mula tenang blik, tapi badan still
terketar2, dan aq blik bilik, aq buka laptop, buka bacaan ayat Al quran n aq
bce yasin, habis yasin, aq makin tenang, tapi still gangguan kebimbangan akan
diserang sekali lagi masih ade. So aq mmg x bleh lelapkan mata, 3 4 jam,
bermacam2 bermain di fikiran, last aq dengan azan subuh, then aq solat subuh,
baru boleh tidur. Nasib baik aq kna attack pada hari cuti.
Itu panic attack aq untuk first time, mmg rasa siksa gila2, rasa
cam nk kna strok, rasa cam nk mati, dengan orang bercakap2 di telinga, rasa ada
lembaga bermain2 dalam bilik, dan bermacam2 lagi, dan, sehingga ke harini
aq still x crita kat sape2, kecuali mak aq, sbb dia pun penah kna attack dlu,
mak aq sembuh pun bila ambik ubat gastrik n satu susu yang ratus2 tu, aq pun x
tau jenama ape. Tapi aq memang x de ambik ape2 ubat. So lepas pade tu, aq cuba
jauhi, situasi2 yang boleh trigger attack tu, nescafe, mmg pantang, klau
terpaksa tidur sorang, aq make sure, aq lepak2 dlu, sampai letih blik bilik
trus tido n bab stress study mmg aq x leh elak.
Tu attack yang teruk, attack yang biasa still lagi berlaku,
pada certain2 situation, sampai la aq jumpa satu ubat nie, asyuura drink,
minuman nie bukan lah sembuhkan gangguan tu, tapi sembuhkan gastrik teruk aq,
sbb gastrik angin aq yg trigger attack tu. Lepas aq cuba minuman tu, mmg
kurang dah serangan tu, even gangguan kebimbangan still berlaku, tapi tidak
menyebabkan panic attack.
Dan setahun lepas aq mula stop ambil minuman tu, sbb mmg
jarang kna serangan tu, then lagi2 kna beli on9, ade je stock dengan aq, tapi
bila perlukan bulan lepas, sbb aq rasa gastrik aq cam nk teruk balik, aq tgok
dah x elok. So aq x minum minuman tu sampai la malam semalam.
Panik attack yang teruk untuk kali ke 2, situation, malam
pukul 12, langgar pantang, minum nescafe, still stress sal hidup,n tambah sakit
kepala. Perfect combination. Kul 11 lebih aq tetiba lapar, then aq buat
white coffee bungkusan paparich, aq cicah dengan biscuit cheese, habis 6keping
biskut, satu cawan white coffee, time to sleep, badan mula berangin, nak
sendawa tapi x boleh, then gangguan kebimbangan aq mula menggangu, lagi2 aq
baru baca sal jin qarin, Worst thing bila jantung berdegup laju,
dengan sakit kepala, aq mula fikir nk kna strok, or rasa cam nk mati, masa aq
dah sampai, bilik yg gelap tu, rasa ada something bermain2 dalam bilik,
bisikan2 kat telinga, aq dah jadi x tentu arah, bagun baring, bagun baring,
aq keluar bilik, buka tv, aq x bleh focus, hilang focus, cam berpusing2, sesak
nafas, rasa nk jerit kuat2 panggil mak aq , badan dah mula terketar2, seriously
mmg x tau nk buat ape, lebih kurang 10 minit, aq minum air suam banyak2, baru
lah rasa nafas dah x sekat2, its take time untuk tenang balik, tapi still
bimbang takut kna serang blik, then buka laptop, buka surah yasin, buka lampu bilik,
n cuba baring blik. Tiap kali nk lelap mata, akan ada gangguan, tambah dengan
aq sakit kepala, aq makin stress untuk tidur, then attack again, aq jalan
pusing satu rumah cam orang gila. Mmg aq x leh duduk, rasa x tentu arah, dengan
terketar2, lebih 10 minit, ok blik. Aq dah penat. Kul 3 lebih, aq
dapat single msg, selamat malam. At least kurangkan ckit, bila aq rasa situasi
aq bukan keseorang. Aq terlelap, then terjaga berulang2 , kepala mmg sakit2
gila, mmg nk pecah kepala, bce ayat2 quran, dengan ayat quran. Kul 4 lebih, at
last, aq tertidur, bangun untuk subuh, badan still lagi lemah gila, still
shaking, still sekarang, pukul 3,45 petang, aq gagahkan diri untuk tulis benda
nie, at least boleh kurangkan stress aq. Still rasa berat kepala, nk demam,
n betul2 lemah.
kadang2 panik actack nie boleh kna time aq bawa kreta, tapi
still x teruk, aq x tau if one day, tempat2 ramai orang, mmg akan kena, so aq
mmg kna elak tempat2 camtu, n banyak lagi situasi2 boleh trigger panik attack,
well, tu mmg menganggu kehidupan yang normal.
Aq x tau bila akan sembuh n berakhir semua nie, harap2 aq x
langar pantang lagi, n elakkan situasi2 yang boleh mencetuskan panic attack tu.
Doakan kan, moga2 kembali sihat. Amin..
Thanks…
Assalamualaikum.
#banyak bacaan boleh dapat dari internet, dan boleh join,
group fb gastrik, gerd dan anxiety Malaysia, untuk berbincang2,
#ini lebih kepada masalah phycology, atau lebih teruk
menghampiri masalah kemurungan.
#get ur medicine n treatment sebelum terlambat.
boleh cuba, pada spe2 yg ada gastrik yg kronik.